PlayStation Eye
PlayStation Eye

PlayStation Eye

640×480 piksel @ 60 Hz[1]PlayStation Eye (dicap dagang sebagai PLAYSTATION Eye) adalah sebuah peranti kamera digital, seperti kamera web, sebagai aksesori tambahan untuk konsol PlayStation 3. Peranti ini menggunakan keamatan komputer dan penjejak pergerakan yang akan memproses imej yang diambil dari kamera. Keadaan ini membolehkan pemain berinteraksi dengan situasi di dalam permainan video menggunakan pengesanan pergerakan dan warna serta bunyi yang dirakam menerusi mikrofon terbina. Kamera ini merupakan pengganti kepada EyeToy yang digunakan dalam konsol PlayStation 2 yang dilancarkan sekitar tahun 2003. Menurut pereka asal EyeToy, Richard Marks, model EyeToy digunakan bagi mengira kos rekabentuk secara kasar[2].PlayStation Eye dilancarkan menerusi pek berkas bersama dengan permainan video The Eye of Judgment di Amerika Syarikat pada 23 Oktober 2007[3], di Jepun dan Australia pada 25 Oktober 2007[4][5] dan di kawasan Eropah pada 26 Oktober 2007[6][7]. Pengguna juga boleh mendapatkan peranti ini yang dijual secara berasingan di kawasan Amerika Syarikat[8] kawasan Eropah,[6] dan Australia.[9]Pada tahun 2013, Sony mengumumkan bahawa peranti PlayStation Eye akan digantikan dengan peranti PlayStation Camera yang akan digunakan untuk konsol PlayStation 4.

Rujukan

WikiPedia: PlayStation Eye http://www.gamasutra.com/php-bin/news_index.php?st... http://www.gametrailers.com/player/23912.html?type... http://kotaku.com/5297265/sony-spills-more-ps3-mot... http://blog.newsweek.com/blogs/levelup/archive/200... http://www.pcgamer.com/how-to-build-your-own-ir-he... http://au.playstation.com/games_media/games/ps3/e/... http://au.playstation.com/ps3/hw/playstation3eye.j... http://www.jp.playstation.com/scej/title/eoj/ http://us.playstation.com/ps3/accessories/playstat... http://blog.us.playstation.com/2007/09/20/5-things...